Thursday, August 19, 2004
Hari ini genap 8 tahun arwah ayah meninggal kan kami. Walaupun sudah agak lama namun ingatan yang indah2 bersama nya masih tetap segar di dalam ingatan kami anak-anak nya. Pemergian ayah tercinta secara mengejut amat sukar kami terima pada waktu itu. Seperti percaya & tidak percaya kerana tiada tanda2 yang menunjukkan bahawa dia akan kembali ke rahmatullah. Namun kami redha. Allah lebih sayang kan nya. Kami anak2 nya akan sentiasa mengenang jasa2 nya terhadap kami. Terima kasih juga kepada niza kerana mengarang puisi yang indah pada tanggal 28hb July 2004 kerana puisi itu juga amat bermakna buat kami. Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas rohnya. Amin…..
|