Monday, January 24, 2005
ENTRY PANJANG LEBAR Macam-macam hal terjadi last weekend… Lets recap…
THURSDAY DH kena kerja OT last minute. So terpaksa kena ambik HD sorang. Lepas Magrib we all keluar dari Fernvale. Tunggu taxi punya lah lama dekat 15 minit gitu. Around 8:20 baru dapat. HD tak boleh duduk diam dalam taxi. Nak berdiri aje tengok belakang. Mulut dia pun tak boleh diam. Asyik cakap.. mama… tekci (taxi).. car…totor (motor)... bus…. Sampai CTE, massive jam. Apa punya nasib. HD sampai naik ngantok. Terpaksa ajak dia bebual kalau dia tidur nak turun taxi dukung dia leceh sikit. Dengan barang2 yang aku bawak lagi. Mungkin HD faham sebab tu dia tak tidur. Cuma menguap aje banyak kali. Aku rasa memang malam tu nasib aku macam kentang. Dah lah bawak barang banyak. Bawak si kecik ni lagi. Agaknya sebab nak kejar kan masa nak pergi kenduri tu, aku jalan cepat2… aku tersandung batu. Kaki aku terpelecok. Aduh!! Sakit nye… dan lebih memilukan lagi, kasut aku pecah! Lagi beberapa tapak aje dah nak sampai… Apa punya nasib.. Nak tak nak terpaksa seret aje. By the time aku sampai, kenduri pun dah habis. Tetamu semua tengah menikmati juadah. Apa tak nya dah nak 9:30 malam. Perut aku betul2 lapar. Tetapi lagi satu perkara yang memilukan hati jugak. Makanan yang disediakan ialah SUP TULANG. Makanan yang aku tak makan!! Walaupun nampak sedap dan menyelerakan tapi sesungguhnya aku tak boleh makan sebab allergy. Aku cuma makan kek & minum air aje. Sungguh kesian… Tunggu punya tunggu, pukul 11 malam baru DH sampai. Pukul berapa aku nak balik ni. Sesungguh nya aku tak enjoy malam tu tapi muka aku maintain. Malam raya mana boleh marah2 kan… Last2… pukul 12:45 malam baru sampai rumah…. FRIDAY Niat di hati memang nak buat roti kirai lepas Subuh. Tapi oleh kerana kepenatan pasal kisah semalam, aku start buat pukul 7:45 pagi. Tapi syukur lah menjadi jugak roti kirai aku. This is my first time buat without pertolongan my mom. By 11:50 pagi semua dah siap. Kari pun dah masak. Lega rasanya. Lepas zuhur, masa aku berehat. Dapat lah letak kepala kejap. Cuaca pulak panas. Tengah syok2 tidur, telefon berdering. Malas aku nak angkat. Aku dengar DH yang jawab talipon tu. Lepas tu tak semena-mena dia kejut aku suruh bangun. Dia kata ada orang nak datang. Bila aku tanya siapa, dia diam aje. Tetamu yang tak disangka Memang aku tak menduga sama sekali. Setelah lebih 5 tahun menghilang, kini kau muncul dalam hidup kami. Kenapa kau datang. Kenapa kau muncul setelah sekian lama. Adakah kemunculan mu ini petanda baik atau sebalik nya. Aku tak tau sesusungguh nya aku tak tau jawapannya. Kenapa sekarang baru kau kembali ke dalam kehidupan kami. Kemungkinan Aidiladha ini aku harus berkorban. Berkorban demi orang yang aku sayang? Ya Allah berikan lah aku petunjukmu….. SATURDAY DH kerja. Pukul 4 petang baru balik. Muka dia nampak letih. Nampak-nampak nya takde chance lah nak ajak keluar. Satu hari lah aku kat rumah. SUNDAY DH kerja lagi. 6:15 pagi bila aku tersedar, DH dah takde kat sebelah. Dah pergi kerja. Boss dia ni macam takde orang lain lah. Kenapa suruh suami kusss kerja hari Minggu. Pukul 11:30 pagi, DH balik. Kepenatan dia. Lepas makan terus dia tidur. Pukul 4.00 petang, DH suruh aku kemas dapur dan suruh aku siap. Dia cakap antar MIL balik lepas tu boleh pegi Causeway Point beli kasut baru. Selalu nya pukul 8 malam baru we all antar MIL. Agaknya DH tau aku boring..hehehe sayang jugak dia kat aku.. Adik aku call cakap dia pun ada kat Causeway Point dengan my mom. So we all janji lah jumpa pat sana. So lepas antar MIL, we all pun pergi Causeway Point. DH cakap nak pilih apa2 pilih lah dia bayar. Sayang DH…. Lepas shopping alah kadar, semua dah lapar. Semua tak tau nak makan pat mana. At last, we choose Pizza Hut. Tapi tulah service very slow. Ramai orang agaknya tu sebab lembab. Jalan punya jalan, tak sedar dah pukul 9:30 malam. HD pun dah ngantok. Dah terlanjur my mom and sis dah kat situ, dia orang bawak balik HD. So me & DH balik CCK naik MRT aje. Miss you HD….muahhhhhh MONDAY Monday surprise. Pagi tadi DH bangun dulu (fikir kenapa dia bangun siang). Time aku siap2 nak pergi kerja DH cakap.. sebelom u pergi kerja pergi sarapan dulu.. oh oh baru aku tau.. rupanya DH buat kan aku sarapan pagi. Siap dengan air milo sekali. Terima kasih DH.. I luv U.
|